MASA ITU EMAS, HARGAILAH MASA:

Friday, December 18, 2009

HAI GUYS..

assalammualaikum w.b.t semua, salam buat semua....ingin di sini aku catatkan salah satu perkara yang mengembirakan dalam hidup aku...aku call Jabatan Pendidikan Negeri Johor(JPNJ) untuk mengetahui keputusan interview aku, cuma nak cuba jer...kemudian, dengan berdebarnyer aku tunggu keputusan....aku amat takut waktu itu, namun, nak tak nak, aku kene lalui juga satu hari nanti, itu lah yang aku fikirkan....

Setelah memberi no kad pengenalan aku, akak operator tu cakap, tarikh taklimat dan di mana...aku tanya lagi kat akak operator tu, maksudnyer saya dapat negeri Johor lah ni yer kak....akak tu cakap , yup...masa tu, kegembiraan yang tak dapat ku gambarkan...

aku bersyukur kepada Allah kerana doaku selama ini diterima...alhamdulillah....aku menjerit happy sambil mengucapkan kalimah 'alhamdullillah'...kegembiraan yang tak tergambar olehku....

aku telefon ibuku, dengan nada suara yang sedih, aku beritahu ibuku, 'mak, adik dapat kat johor mak' dan mak aku ucapkan syukur kepada Allah....kat situ aku dapat rasakan betapa gembiranya ibuku...ibuku menyuruhku membuat sujud syukur....ibuku menangis mendengar berita itu...itu lah saat yang paling mengembirakan dalam hidup ku....dapat memberikan satu impian buat mak aku yang selama ini dia idamkan....melihat anaknya menjadi seorang GURU....

sesudah menelefon ibuku, aku pergi ke tandas untuk mengambil wudu'....lantak aku menunaikan sujud syukur ku kepada Allah S.W.T....ALHAMDULLILLAH......